Huntley seorang sukarelawan di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara,
berusia 34 tahun itu dilapor hilang di Pulau Tioman pada 27 Mei lepas
Polis Malaysia dikatakan menyiasat dakwaan Encik Huntley akan dibunuh. Ibunya, Janet Southwell,
memberi DNA beliau sendiri untuk membantu dalam proses pengenalan selepas tubuhnya ditemui dan udah tiada kata yang dapat menggambarkan kekosongan yang ditinggalkan olehnya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Gareth David Huntley.
"Ingatan dan doa kami bersama-sama Gareth Huntley, keluarga dan rakan
mendiang pada masa yang tragik ini," kata Perdana Menteri menerusi
Twitter beliau.
Semalam, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan mayat
seorang lelaki yang ditemui di Sungai Mentawak berhampiran Chalet
Lagoon di Kampung Juara, adalah Huntley.
Ini berdasarkan keputusan ujian DNA yang positif membabitkan sampel
darah ibu Huntley, Janet Southwell, dan satu spesimen yang ambil
daripada mayat berkenaan.
Southwell tiba di Malaysia semasa usaha mencari anaknya dilakukan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment